PRAKATA

 

Usaha untuk menyemarakkan sistem Pendidikan Islamyang syumul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan keazaman dan kerjasama semua lapiran masyarakat samaada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendiakawan ke arah mendokong cita-cita dan semangat perjuangan islam.

Bertitiktolak dengan keperhatinan dan kesedaran inilah tercetus keazaman untuk menubuhkan Maahad As-Safwah Lil Banat dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran dicelah-celah kemorosotan akhlak dan niai dikalangan remaja masakini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasullalah SAW pada zaman kebangkitan islam dahulu. Disamping usaha melahirkan tenaga dakwah yang diperlukan untuk mewujudkan iklim dan persekitaran islam yang lebih kondusif dan meyakinkan. Semoga usaha ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

Mudir
USTAZ AHMAD FADZLI BIN HASHIM

Shopping Cart
Scroll to Top