Sejarah Maahad

Hasrat untuk membangunkan sebuah Maahad Tahfiz dan Pengajian Fardhu Ain dengan berperantaraan Bahasa Arab di Qaryah Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah ini sebenarnya telah bermula sekitar tahun 2009. Kebetulan pada tahun tersebut Ustaz Ahmad Fadzli Bin Hashim dan isteri beliau Ustazah Wan Bushra Ab Rahman ada mengusahakan kelas pengajian Pra Hafazan Al Quran (harian) untuk pelajar sekolah rendah untuk masyarakat setempat secara percuma bertempat di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah.

Melihat kepada sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat, disamping hasrat untuk mewujudkan persekitaran masyarakat yang berbudaya ilmu berorientasikan Al Quran dan As Sunnah maka tertubuhlah Maahad As Safwah ini.

Shopping Cart
Scroll to Top