PERIHAL MAAHAD

PUSAT PENGAJIAN ASSAFWAH LIL BANAT (PPAS) telah didaftarkan bernombor pendaftaran JHAIK: 26/2020 .  PPAS kini beralamat di Lot 87, Pusat Pengajian AsSafwah Lil Banat, 08000 Padang Temusu, Sungai Petani Kedah. 

Hasrat untuk membangunkan sebuah Pusat Tahfiz dan Pengajian Fardhu Ain dengan berperantaraan Bahasa Arab di Qaryah Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah ini sebenarnya telah bermula sekitar tahun 2009.

Kebetulan pada tahun tersebut Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim dan isteri beliau Ustazah Wan Bushra bt. Wan Ab. Rahman ada mengusahakan kelas pengajian Pra Hafazan Al- Quran (harian) untuk pelajar sekolah rendah dan masyarakat setempat secara percuma bertempat di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah.

Melihat kepada sambutan yang sangat mengalakkan dari masyarakat, di samping hasrat untuk mewujudkan persekitaran masyarakat yang berbudaya ilmu berorientasikan Al-Quran dan As-Sunnah maka tertubuhlah Pusat Pengajian As-Safwah ini.

Shopping Cart
Scroll to Top